Monday, 24 March 2014

Daun Belalai Gajah - Penawar Penyakit

Daun Belalai Gajah (DBG) atau nama saintifik nya ialah clinacanthus nutans adalah merupakan herba tradisional yang telah digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit,gigitan serangga dan haiwan berbisa yang beracun.Ianya dikatakan berasal dari negara Thailand dan hanya tumbuh dikawasan iklim tropikal.Ramai pengguna yang mengidap penyakit kronik seperti kanser, jantung dan masalah buah pinggang telah sembuh setelah minum teh daun belalai gajah. Semakin ramai pengguna telah mendapat banyak manfaat daripada DBG yang telah membantu untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan penyakit kronik.

Khasiat Belalai Gajah
• Mengurangkan penderitaan daripada pelbagai jenis kanser.
  Contohnya kanser payudara, kanser usus, hidung dan lain-lain
• Mengurangkan asid urik, kolesterol dan kencing manis
• Mengurangkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah dan meningkatkan
  contractility jantung
• Memperbaiki masalah kulit contohnya ekzema, kayap dan psoriasis
• Memperbaiki ketidakselesaan dialisis dan penyakit buah pinggang
• Menyahtoksik, menyembuhkan lebam, bengkak dan penyahlembapan


Teh Khas Untuk Wanita - Mother Wort



 



















Khasiat Mother Wort

- Melancarkan kitaran haid
- Menstabilkan hormon
- Membantu melancarkan kitaran darah
- Membantu melembutkan kulit
- Membantu masalah keguguran rambut
- Membantu masalah sakit sendi
- Membantu mengeringkan luka dengan lebih cepat
- Masalah ovarian cyst
- Masalah ketulan payudara
- Masalah sakit fibroid
- Masalah penyakit yang tidak tahu puncanya
- Membantu menghilangkan stress
- Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan
- Membantu mencergaskan badan, tiada penyakit boleh amalkan juga

Cara Pengambilan


1) Rendamkan Teh DBG 1 - 2 uncang sehari. 
2) Bagi Pesakit tidak kritikal- Minum sehari 1 uncang.
3) Bagi Pesakit kritikal- Dimana keadaan pesakit yg terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya minum 2 uncang sehari
(1 uncang diwaktu pagi dan 1 uncang diwaktu petang/malam). 

Perhatian Dan Peringatan:
1). Ibu Mengandung adalah tidak disarankan untuk mengamalkan Teh DBG.

2). Bagi kesan pemulihan yang maksimum, pengguna perlulah mengurangkan makanan laut, ais batu, daging, kekacang, organ dalaman
dan minumam berkafein semasa pengambilan teh ini.


3). Minum air 2-3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan asid urik melalui pembuangan  air kecil.

4). Kepada pesakit yang mengambil ubat atau suntikan daripada pihak hospital, anda disarankan untuk mendapat nasihat doktor  sebelum mengambil produk ini.

 Cara Hidangan :

Testimonial Pengguna Teh Belalai Gajah

Saya sendiri telah mengamalkan meminum teh yang dihasilkan daripada daun belalai gajah ini.
Saya sendiri merasakan badan akan rasa ringan dan mengurangkan rasa lenguh di badan. Saya juga mengalami bersin yang kerap  terutamanya di awal pagi. Dengan mengamalkan pengambilan teh ini masalah kerap bersin dan kegatalan hidung telah tiada.

Selain dari itu, teh ini juga membantu masalah sengugut ketika haid. Dengan mengamalkan pengambilan teh ini, saya tidak lagi mengalami masalah sengugut ketika haid.

Saya mengambil teh ini sebagai minuman tambahan pada sebelah pagi iaitu sebelum bersarapan dan pada sebelah malam sebelum tidur. Uncang teh ini perlulah direndam di dalam air panas dan diminum ketika masih panas/suam.

***************
Di antara testimoni lain yang telah mengamalkan Teh Daun Belalai Gajah ini :

Antara TESTIMONI LAIN pesakit KENCING MANIS selepas mengamalkan TEH DAUN BELALAI GAJAH :

" Anak saya telah membelikan saya 1 paket TEH DAUN BELALAI GAJAH, masa tu saya tengah risau sebab lagi 3 hari nak follow-up dengan doktor dimana doktor selalu tidak berpuas hati kerana bacaan gula dalam darah saya tinggi, jadi saya mulakan minum, selepas 3hari saya amalkan teh dbg ini, saya berjumpa kembali dengan doktor dan alhamdulillah bacaannya kembali normal, terperanjat saya, betapa ajaibnya teh ini, sekarang saya pasarkan kepada saudara mara yang lain termasuk doktor tersebut, saya balik pun senyum lebar je" - Puan Ann

"Sebelum ni saya perlu cucuk insulin 2 kali sebulan, selepas mengamalkan teh dbg ini, saya tidak perlu lagi bersusah payah beratur untuk cucuk insulin, memang AAA teh ni, syukur jimat pun jimat" - Puan Rozi



Sunday, 23 March 2014

Merawat masalah kencing kotor

PUNCA KENCING KOTOR

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala
 

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.

Tuesday, 11 March 2014

Rawatan Kanser

Ayat Quran cancer cure

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Ny