PUNCA KENCING KOTOR
Saluran kencing
merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair.
Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang
dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing.
80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria
Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air
kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra
mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak
naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum
lelaki.
Tanda dan Gejala
- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.
No comments:
Post a Comment